Perkongsian Ekonomi Menyeluruh Serantau

Perjanjian Kerjasama Ekonomi Komprehensif Serantau merupakan sebuah perjanjian perdagangan bebas di rantau Asia Pasifik antara 10 negara anggota ASEAN (Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand, dan Vietnam) dan lima negara rakan kongsi perdagangan bebas mereka — Australia, China, Jepun, New Zealand, dan Korea Selatan. 15 negara anggota merangkumi kira-kira 30% daripada populasi penduduk dunia dan 30% KDNK dunia, menjadikan ia menjadi blok perdagangan terbesar.[1] Ia ditandatangani di Sidang Kemuncak ASEAN yang dianjurkan secara maya dengan Vietnam sebagai tuan rumah pada 15 November 2020,[2][3] dan dijangka memberi kesan dalam tempoh dua tahun selepas semua negara anggota meratifikasi perjanjian ini.[4]Blok perdagngan yang merangkumi campuran negara[5] berpendapatan tinggi, sederhana dan rendah ini mula diperkatakan sejak Sidang Kemuncak ASEN 2011 di Bali[6], sementara perundingan rasmi mula dilakukan pada Sidang Kemuncak ASEAN 2012 di Kemboja. pertama kali disarankan pada 2012[7]RCEP merupakan perjanjian perdagangan bebas pertama antara China, Jepun dan Korea Selatan (tiga daripada 4 negara ekonomi terbesar di Asia) dan perjanjian perdagangan bebas multilateral pertama yang melibatkan China.[8] Dalam waktu ia ditandatangani, para penganalisis ekonomi menjangkakan ia akan membantu merangsang semula pertumbuhan ekonomi di waktu pandemik COVID-19, dan "menarik tumpuan ekonomi dunia kepada Asia."[5]

Rujukan

WikiPedia: Perkongsian Ekonomi Menyeluruh Serantau http://www.dfat.gov.au/media/releases/department/2... http://english.cntv.cn/program/newsupdate/20120901... http://english.mofcom.gov.cn/article/newsrelease/s... http://english.mofcom.gov.cn/article/newsrelease/s... http://fta.mofcom.gov.cn/enarticle/rcepen/enrcepne... http://www.straitstimes.com/opinion/now-push-rcep-... http://www.thehindu.com/business/india-pressed-to-... http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article... http://commerce.nic.in/MOC/press_release.asp?id=31... http://www.meti.go.jp/english/press/2012/1120_02.h...